Wednesday, 30 January 2013

Makeup III (Photoshoot)

Assalamualaikum..

Hai pertama sekali Iha nak minta maaf sebab lambat update tentang makeup.
Ampun beribu-ribu ampun.. :)

Okay girls,terus kepada point yang Iha nak sampaikan. Jom Iha kongsikan bahan makeup apakah yang Iha pakai untuk makeup masa photoshoot hari tu.. Jommm!! :)

Pertama sekali,pakai toner kat muka.. Lepas apply toner,Iha apply Revlon liquid foundation.
Lihat gambar di bawah,Iha punya sebijik macam nie :)
Iha punya kaler 'nude'...

Kemudian,Iha apply lagi dengan Naturactor foundation kod 171 dan 141.
Liha gambar di bawah.




Lepastu Iha pakai bedak compact Miami.. If korang nak beli bedak nie,beli dekat Cosway tau :)
Lihat di bawah.


                                   




Kemudian apply lagi dengan loosepowder from Ronasutra supaya minyak kat muka kurang nampak sikit. 
Lihat di bawah.



Lepastu settle bab tepek-tepek bedak yang dah berapa lapis kat muka nie. Kemudian Iha pakai eyebrow from MAC. Makesure korang pakai kaler brown tau,jangan pakai kaler hitam k.
Lihat di bawah.. Iha pakai kaler yang no.5




Lepastu eyeshadow. Iha pakai yang Miss Rose. Kaler dia nice sangat. Suka! :D
Okay lihat di bawah.




Lepas apply eyeshadow,Iha pakai pula eyeliner. Tapi Iha bukan pakai eyeliner liquid tau. Iha tak minat eyeliner liquid sebab leceh sikit nak pakai. Nak tahu Iha pakai eyeliner yang macamana?Lihat di bawah.




Haa lepas pakai eyeliner,Iha pakai bulu mata. Bulu mata nie Iha beli yang murah-murah je sebab Iha tak pakai selalu pun bulu mata. Iha beli dekat B;ack Queen,just RM10pair. Lebih kurang macamnie lah yang Iha pakai,buluny bersilang :)Lihat di bawah..


Lepas pakai bulu mata,Iha shading hidung yang tak berapa nak mancung nie.hehehe :P
Iha guna shading from Miss Rose juga. Yang nie pun Iha suka juga sebab waran shading dia tak melampau. Lepas shading hidung,Iha shading kat tulang pipi pula. Lihat di bawah..


Lepastu yang 2nd last,Iha pakai blusher from MAC. Iha suka blusher kaler peach oren-oren gituu..
Lihat di bawah.



Last sekali,Iha pakai la lipstick. Iha pakai kaler pink masa tu from MAC.
Lihat di bawah.





Dan hasilnya..






Selesai sudah.. Waahhh penat tangan Iha menaip entry kali ini.. Alhamdulillah dapat juga Iha kongsikan dengan korang semua :) hehe :P

Okay girls,nantikan update Iha yang seterusnya..



Monday, 28 January 2013

Photoshoot for Inner Neck

Assalamualaikum wbt!

Nak tengok tak gambar Iha yang Iha makeup sendiri untuk photoshoot? Kalau nak tengok,baca sampai habis ok! :)

Ya Allah Ya Tuhanku..! Memang panik sangat apabila Iha bangun dari tidur and tengok jam dah pukul 6.30am pagi. Yelaa mana tak nya,dah lah hari Selasa,mesti nak kena berebut tandas dengan anak buah Iha yang nak pergi sekolah. Haha! Nasib baik lah diorang tak bangun lagi,jadi boleh Iha masuk tandas senyap-senyap dan mandi cepat-cepat. Mandi cepat-cepat tu maksudnya,mandi yang tak lama,bukannya mandi kerbau ok! :P

Dah selesai mandi,makeup cepat-cepat Iha perlu kejar masa. Iha perlu ikut masa si dia (gulahati) yang nak ke seminar awal-awal pagi. Tuhan je yang tahu betapa paniknya diri ini. Tu lah,malam-malam online memanjang,bukan nak siap-siapkan barang seperti baju,tudung dan sebagainya. Minta si dia hantarkan Iha dulu ke studio sebelum ke seminar.

Set time dengan Kak Lina paling lambat Iha akan sampai ke studio pukul 9.15am,Alhamdulillah Iha sempat sampai sebelum pukul 9.15am. Alhamdulillah! Syukur sangat-sangat sebab Iha sampai dulu sebelum Kak Lina sampai. Iha memang perlu jaga displin dan masa. Yelaa,orang yang berjaya perlu berdisplin kan. Tak gituuu??Heheheeww..

Sampai je studio,Iha tolong Kak Lina angkat barang dia sekejap dan terus boleh mula photoshoot. Tak perlu nak tunggu makeup bagai sebab Iha dah makeup siap-siap kat rumah.. Heheh XD
Itulah kelebihan seorang model yang boleh makeup :) Owner tak perlu lagi nak cari MUA,sebab model dah pandai makeup. :) Tapi Iha nie budak baru belajar,jadi biasalah budak baru belajar makeupnya tak HOT gitew.. :P


Photoshoot in progress. Gambar nie Iha copy dari Encik Hasirol,photographer. 



Taraaa ! Inilah hasilnya. Hot gitew..hehe :)

Apapun uolls,nantikan update INNER NECK yang selesa,lembut dan elok jahitannya dekat website HappyLifeShoppe pada hari SELASA,29 FEBRUARY. Jam 12.30 tengahari! Wait and grab cepat okay.

Photo by : Serindit Photo
Hijab by : HappyLifeShoppe (facebook page)
Makeup by : Siti Muslihah Hassan (me)

Uolls,kalau berminat dengan makeup nie,boleh PM Iha kat fb tau.. :)

Nantikan esok update Iha tentang bahan-bahan makeup yang Iha gunakan untuk makeup photoshoot gambar di atas :)

See ya !






Tuesday, 22 January 2013

Wardrobe Boutique

Assalamualaikum wbt :)

Apa khabar?
Alhamdulillah semuanya sihat dan baik2-baik belaka kan. Actually hari nie Iha bosan tak tahu nak buat apa,lepas photoshoot tadi Iha lepak sorang-sorang dekat Oldtown :( sedih kan? Tak da sapa nak teman. Haharz ! its okay never mind. Duk sorang-sorang boleh rileks sikit minda.

Okay now Iha nak share berkaitan dengan Butik Wardrobe yang mana baju kat butik tu memang gojes-gojes tau ! Peerrghhh !! Memang lawa-lawa baju kat butik tuh. Haritu Iha dapat panggilan call dari someone kat Butik Wardrobe untuk photoshoot tau. Terkesima seketika.... Haharz ! sebab Iha memang suke rekaan kat butik tu. Nak tahu tak siapa yang design baju tu? Hurm mestila owner dia :P



Haaa nin diaaa gambar kami. Yang belah kanan tu model Azzahrah Wardina Zazuli (Deyna) cantiik sangat,ada lesung pipit,tinggi lampai. Senang kata cuku package la ! :)
Yang tengah tu owner Butik Wardrobe,Intan Azura MdDesa muda lagi orangnya. Dah la cantik,bergaya,berkerjaya pula tu. Dia lah yang design baju-baju kat butik tu. Haa lagi sorang Adibah Faridah ,Kak Diba. Dia baiikk sangat :) suka kat dia.



Pic after photoshoot. Huahuahuaaa ! Iha dah tukar baju awal-awal kalau tidak boleh pakai baju wardrobe kat dalam pic nie..heheheew :P
Estee Fifie nie pula makeup artist. yang mana? alaa yang kat belakang tu,yang comel-comel pakai shawl. Waahh makeup dia lawaaa tau ! Dia ada butik pengantin,besooorr.. Sebelah dia pula photographer (tak tau nama), handsome tapi handsome lagi boyfriend Iha,hehe :P


Actually Iha kagum tengok owner Butik Wardobe nie,dia muda-muda lagi dah ada bisnes. Nak jadi macam diaaa boleh? Boleh....hehehew :P
Pasang impian biar besor-besor,tak penting lah apa orang nak kata yang penting kita tahu bahawa kita sedang cuba menggapai impian tersebut dengan bersungguh-sungguh ! Dan kemudian buktikan kepada mereka yang telah mencaci dan mengata kita,haaahhh barulah nak mai dekat kan. pewww ! (haharz!)
Pesanan,jangan jadi orang yang "bila senang baru nak berkawan,masa susah tinggalkan kawan" ok !


Ok lah. Apapun nantikan update Iha yang seterusnya ya! Nak makan niee.. Lapooorr !

Sekian.. :)











Wajah Baru !

Assalamualaikum !

Hai ! Entry kali nie sangat simple. Iha nak maklumkan kepada ladies yang tengah baca blog nie,yang cantik molek,comei lotei bahawa blog Iha telah bertukar wajah. Ahaaa ! Bertukar wajah yang lebih simple gitu   ^__^

Ok sekian sahaja. Betul-betul simple kan entry Iha kali nie. Nantikan update Iha yang akan datang tau.



                               


Friday, 11 January 2013

Photoshoot for DENIM by HappyLifeShoppe

 Assalamualaikum !

Seperti yang dijanjikan,Iha nak upload DENIM by HappyLifeShoppe .
Lihat gambar di bawah,tengok muka Iha. Lainkan? hehehe owner yang makeupkan. Kalau ikutkan Iha makeup sendiri untuk shoot nie tapi,my makeup tak cukup set sbb kawan pinjam. Nasib baik lah Sis Lina baik hati,sporting pulak tuu..
Ok.. Dahh dahh ! Tengok tudung pula.. Nice kan :)


DENIM yang selesa ini mempunyai saiz S,M dan L. Memamng sangat mudah untuk dipakai. Pada bahgian awning yang lembut memberikan kita keselesaan untuk memakainya :)












Hijab : HappyLifeShoppe (website)
Photo by : Serindit Photo .
Selamat bershopping..!! :D







Wednesday, 9 January 2013

Nantikan HLS's Favourite Picks -DENIM- !!

Assalamualaikum !

Nantikan Happy Life Shoppe's Favourite Picks -DENIM- yang bakal Musliha update tak lama lagi.
DENIM yang amat selesa,berkualiti tinggi dan sangat mudah cara pemakaiannya begitu menjadi tarikan ramai gadis/wanita di luar sana.


Jangan lupa LIKE fanpage Happy Lina Shoppe dan lawati web http://www.happylifeshoppe.com/ :)
Happy Shopping !! :)







Monday, 7 January 2013

(part II) Makeup by Siti Muslihah Hassan

Assalamualaikum dan salam sayang.. Hi...Hii...Hiiii....!!

Bertemu lagi kita ya :) Alhamdulillah panjang umur boleh update blog kesayangan ni haa. Saayang sangat dekat blog kita nie tau ! Sayang juga dekat korang semua. Muahh Muahh...hehehee :P

Okay,Iha tak mahu taip panjang-panjang lagi. Terus saja kepada apa yang hendak dikongsikan ya.
Update semalam adalah tentang "makeup" muka Iha sendiri,jadiii update hari nie Iha nak kongsikan tentang "makeup" muka manusia lain pula. Kalau korang perasan,semalam Iha ada mentioned :)

Actually dah lama dah buat appoinment dengan someone nak makeup wajah dia tapi tak berkesempatan kerana kami masing-masing busy. So bila ada masa luang,kami gunalah masa tu untuk makeup. Lagipun someone tu request minta Iha ajarkan dia makeup. Alhamdulillah at last ada juga masa free untuk kami meluangkan masa bersama-sama :) so kami apa lagi ? haah makeup la..hehe




Hahhaarzz ! Dah tengok gambar kat atas? hehe mestilah dah tengok kan. *jangan kutuk ok! Gambar tu terjadi ketika sedang menunggu someone untuk dimakeupkan tu selama beberapa minit. Itulah akibat kebosanan. Nak membaca,tetapii buku yang Iha baca tu dah habis dibaca semasa di dalam train semasa perjalanan jadi dah ada camera kat dalam bag,so Iha snap lah kejap.. Kalau ikutkan kami punya appoinment pada jam 12pm tapi jam 12.30pm baru lah someone tu tiba disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. heh XD

Ok! Pedulikan gambar di atas. Lihat di bawah :)


Taraaa !! Nie la wajah someone yang Iha nak makeupkan tuu. Nama dia Amira. Peramah orangnya dan dia suka sangat menceriakan orang sekelilingnya :)
Gambar di atas adalah gambar sebelum wajahnya di apply dengan sebarang makeup.
Dan lihat gambar di bawah lagi :)



Iha dan Amira :) Lihatlah wajah Amira selepas makeup. Sedikit berbeza kan :)

Makeup untuk Amira adalah makeup simple. Sangat simple. Selain itu,untuk makeup Amira,Iha menggunakan barangan makeup dari SEPHORA.Eyeshadow,pemerah pipi,lipstick,dan eyeliner.  Warnanya sangat menarik perhatian Iha. Mungkin korang boleh cuba menggunakan barangan makeup dari SEPHORA. Korang pasti suka ! :D

P/S : pada korang yang request tutorial makeup diharapkan bersabar kerana proses sedang dijalankan.
And pada korang yang nak Iha makeupkan korang,korang boleh contact no 01129100404 atau boleh PM Iha melalui facebook Siti Muslihah Hassan

Sekian saja dari Iha. nantikan update Iha yang seterusnya ok !
Thanks for reading :)


                                









Saturday, 5 January 2013

Makeup by Siti Muslihah Hassan

Assalamualaikum ! Dan selamat malam :)

Girls,malam nie nak kongsikan gambar Musliha sebelum makeup dan selepas makeup. Haa yang menariknya lagi,Musliha sendiri yang makeup muka sendiri.hehehee :P

Esok nak makeup muka manusia lain pula,muka adik Amira :) kami dah lama tau buat appoinment untuk makeup tapi Alhadulillah esok free. Yeeaa !!!
Ceeewaaahhh ! Nak makeup je kot,itu pun kena buat appoinment ! Eh mestilah :D


Okay. Gambar sebelum dan selepas. Sangat tak comel muka Musliha kalau tak pakai makeup. Hee jangan kutuk ok ! tengok dan buat muka aja ya :P


Before makeup..tanpa sebarang foudation atau sebarang makeup.
After makeup :-Foundation MAC
-Naturactor foundation 171 and 141
-Shading MAC
- Eyeliner atau Celak MAC (tak ori) but long lasting
-Celak kening (brown)
-Mascara by SERA
-Pemerah pipi by SERA
-Lipstick by Silkygir
-bedak compact by PIXY
-Eyeshadow by Missrose 


Step makeup untuk gambar di atas :

>> Foudation MAC

>> Naturactor foundation
-tutup kesan jerawat,jeragat atau apa-apa saja cela di wajah korang dengan menggunakan Naturactor foundation kod 171 yang dikenali sebagai concealer. Kemudian apply Naturactor foundation kod 141 atau mana-mana kod lain yang bersesuaian dengan kulit korang.

- P/S : Sila lawati dan tinggalkan kenangan LIKE di page Naturactor by CantiQiha . Naturactor foundation Japan Original mempunyai 5 jenis warna. Jika berminat boleh PM Musliha dekat acc Facebook Siti Muslihah Hassan atau contact no 01129100404 untuk keterangan lanjut :)

>> Bedak compact

>> Celak kening. Sebelum memakai celak kening,pastikan korang meletakkan sedikit foudation di atas alis kening korang. Nak tahu kenapa? Sebab nanti senang nak bentukkan kening menggunakan celak. Korang boleh bentukkan mengikut citarasa sendiri tapi jangan over sangat tau !

>> Shading hidung dan tulang pipi

>> Eyeliner atau Celak dibahagian atas dan bawah mata

>> Eyeshadow.

>> Eyeliner lagi sekali,lakarkan sahaja yang berlapis di bawah eyeshadow

- P/S : Ada sesetengah apply eyeshadow dahulu sebelum eyeliner tp Musliha just buat mengikut citarasa Musliha :) Hentam saja lahh :P

>> Mascara bulu mata atas dan bulu mata bawah

>> Pemerah pipi

>> Lipstik. Sebelum apply lipstik,sapukan sedikit foundation di atas bibir anda :) kemudia sapulah lipstik untuk bibir kelihatan menarik.

Sekian and thanks for reading :) nantikan update Musliha yang seterusnya ok !

                     









Friday, 4 January 2013

Before and after

Assalamualaikum !

Alhamdulillah selesai sudah sesi photoshoot bersama butik tudung online yang mana founder butik ini sangat baik hati,peramah dan mudah untuk bekerjasama :) Terima kasih kerana sudi menjemput Iha untuk memperagakan tudung yang sangat selesa,berkualiti tinggi dan sangat menarik perhatian Iha.
By the way you all,nak tahu tak Iha shoot kat mana? Haa kat mana lagi kalau bukan dekat Serindit Photo yang mana studio nie sangat terkenal. Tak percaya? haahh cuba tanya model-model lain,mesti diorang tahu studio nie. Nasib baiklah shootnya dekat saja,area Wangsa Maju pula tu. Hee actually Iha dah biasa dengan kawasan Wangsa Maju nie. Tu lah bila owner butik,Kak Lina bagitahu yang shoot dekat Wangsa Maju,tarik nafas lega juga Iha sbb mmg dekat sangat. Heheheh :P

Ok berbalik pada entry "before and after" sebenarnya Iha just nak sharing dengan kawan-kawan tentang makeup before and after shoot. Hurm modelnya siapa lagi kalau bukan Iha kan,heheheeeee :P

Besar punya ! My face without makeup. No foundation,no MAKEUP. Hanya lens sahaja.



Gambar di atas adalah gambar sebelum dan selepas,mestilah boleh bezakan kan :)
Makeup kat gambar selepas agak tebal,but still natural look. Memang kalau nampak depan-depan,makeup nampak sangat tebal tetapi bila di dalam gambar,wajah kita akan nampakn lebih natural berbanding depan-depan. Hehe,so mesej yang Iha nak sampaikan adalah,makeup sebenarnya akan membuatkan wajah kita kelihatan sedikit/banyak perbezaan. Iha cukup tak suka bila ada yang cakap,makeup itu tidak perlu. Rasa macam nak aje cekik-cekik leher dia. Kenapa tidak perlu?? hah? kenapa? haiiihhh... =__='

Girls,makeup perlu sebenarnya tetapi untuk makeup,kita perlu melihat jenis situasi. Jangan makeup tebal-tebal kalau setakat nak ke class. And jangan makeup terlalu simple untuk ke majlis-majlis rasmi.
Tengok tempat lah kan :)

Apapun nantikan update Iha yang seterusnya okay !
Thanks for reading.