Thursday, 27 December 2012

Tips Mengatasi dan Menghilangkan Noda Jerawat dengan Bahan Semulajadi

Assalamualaikum :)

Hi..!! Kali ini entry Musliha tajuknya panjang sikit,tak banyak puun.
Haa dah tengok tajuk pun dah tahu kan tentang apa yang Musliha nak post kan?
Ok,Musliha nak sharing dengan korang semua tentang tips untuk kelihatan cantik tanpa masalah jerawat.
Ok,terus kepada point yang Musliha nak sampaikan ya.

TIPS MENGATASI dan MENGHILANGKAN NODA JERAWAT DENGAN CARA SEMULAJADI :
Eh kejap ! Kenapa dengan cara semulajadi? Haa nak tahu kenapa? Sebab ia menyegarkan dan berkesan.
Selain itu,dengan cara semulajadi juga ia sangat menjimatkan,tak perlu keluar duit banyak untuk beli produk kecantikan yang mahal-mahal. heh ^__^

Berikut adalah bahan semulajadi yang mudah dijumpai :

-Ais Batu-
Sapukan ais ke permukaan wajah untuk merapatkan liang-liang agar partikel-partikel luar penyebab jerawat tidak masuk ke dalam kulit.

-Hirisan Tomato-
Sapukan hirisan tomato pada luka bekas jerawat yang terbukti dapat menghilangkan noda yang mengganggu.

-Jus Timun-
Just timun merupakan toner kulit yang semulajadi yang dapat memperbaiki tekstur kulit. Selain itu,timun dapat mengurangkan radang,menghaluskan kulit dan menyembuhkan luka yang disebabkan oleh jerawat.

-Putih Telur-
Putih telur amat mudah didapati dan sangat berkesan untuk mengatasi jerawat. Sapukan putih telur pada jerawat dan biarkan semalaman supaya ia mengecut.

-Kunyit-
Di negara Timur,kunyit telah dikenali beribu-ribu tahun sebagai produk kecantikan. Salah satu khasiatnya ialah mengurangkan luka bekas jerawat.

-Lidah Buaya-
Lidah buaya merupakan penyembuh yang mujarab,termasuk untuk menghilangkan bekas jerawat. Caranya hanya perlu sapu lendir bahagian dalam lidah buaya ke kulit secara teratur.

-Air Lemon-
Sapukan air perahan lemon pada noda jerawat dan biarkan selama beberapa minit sebelum membasuhnya dengan air. Lemon mempunyai kandungan yang dapat mencerahakan warna kulit. Selain itu lemon juga dapat membuang sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih anjal.

-Minyak Zaitun-
Minyak zaitun berfungsi untuk meghilangkan parut jerawat. Urut wajah korang  dengan lembut menggunakan minyak zaitun terutama di bahagian yang terdapat parut jerawat.

-Madu-
Madu merupakan pelembab semulajadi. Masker madu dapat membuatkan kulit wajah kita kelihatan lebih cerah dan bersinar.

-Air-
Air merupakan kaedah rawatan yang paling baik yang dapat kita peroleh dari alam. Pastikan korang minum air yang mencukupi untuk membuang racun-racun dari dalam tubuh. Air juga dapat membantu menanggalkan sel kulit-kulit mati.

-Buah dan Sayur-sayuran-
Perbanyakkan mengambil buah dan sayur-sayuran untuk menjadikan kulit lebih sihat.

Haharz ! Panjang lebor kan. Penat tangan Musliha menaip tau. Tapi tak apalah,bila kita sharing dengan orang,Tuhan akan bagi kita lebih. Jadi pada korang yang mahu copy paste diminta supaya credit kepada Musliha ya :) Thank youu atas kejujuranmu,amat Musliha hargai.

Eh korang boleh ikut tau tips kat atas semua tu. Musliha pun buat tau. Mari kita sama-sama cantik.
JOM !


No comments:

Post a Comment